Panglima ATM Lakukan Lawatan Ke Thales Tinjau Perkembangan Long Range Radar TUDM
22 Desember 2025
Thales LAS (Limours) merupakan salah satu pusat utama Thales di Perancis bagi sistem radar, merangkumi aktiviti pembangunan, integrasi, ujian dan pemasangan radar berteknologi tinggi. Beroperasi sejak tahun 1957, fasiliti ini sering dirujuk sebagai antara pusat radar terbesar dan paling berkeupayaan di Eropah, sekali gus menjadikannya hab penting bagi pembangunan radar jarak jauh dan sistem pengawasan canggih untuk kegunaan ketenteraan serta keselamatan.
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/meN6LnY
via IFTTT
Lawatan rasmi Panglima ATM ke Thales Prancis (photos: ATM)
PARIS – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah melaksanakan lawatan rasmi ke THALES LAS FRANCE SAS (Limours) bagi meninjau secara langsung kemajuan pelaksanaan Projek Air Defence Long Range Radar (ADLRR) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lawatan kerja ini bertujuan memastikan pembangunan dan integrasi sistem radar strategik negara berjalan mengikut perancangan serta memenuhi keperluan operasi ATM dalam memperkukuh keupayaan cegah rintang dan pengawasan ruang udara.
Kehadiran beliau telah disambut Timbalan Presiden (Pemasaran) Thales LAS France; Mr. Thomas Pistre dan Pengurus Produk Ground Master (GM) Thales LAS France; Mr. Pierre Roinel. Sepanjang lawatan, PAT telah diiringi oleh Atase Pertahanan (DA) Malaysia ke Perancis; Kepten Zainol bin Ahmad yang turut memudah cara libat urus pertahanan dua hala di peringkat strategik.
Dalam sesi taklimat, pihak Thales turut memaklumkan bahawa radar AURORE, iaitu radar pengawasan angkasa (space surveillance radar) turut direka dan dibangunkan di tapak Limours. Walaupun AURORE berfokus kepada pemantauan domain angkasa, keupayaan teknologi dan inovasi yang dibangunkan di pusat ini mencerminkan tahap kepakaran Thales dalam menghasilkan sistem pengesanan berketepatan tinggi, pemprosesan data lanjutan serta multi-domain awareness, elemen yang relevan dan signifikan kepada pembangunan radar pertahanan udara jarak jauh seperti ADLRR TUDM.
Secara keseluruhan, lawatan ini turut menzahirkan keyakinan ATM terhadap Thales sebagai syarikat teknologi global yang memfokuskan misi kritikal dalam pertahanan, aeroangkasa/ angkasa serta siber dan digital dengan sokongan puluhan ribu tenaga pakar di peringkat antarabangsa.
Kerjasama strategik melalui projek ADLRR ini sejajar dengan agenda pemodenan perisai udara negara ke arah membangunkan sistem pertahanan udara yang moden, bersepadu dan berdaya tahan seiring visi Angkatan Masa Hadapan ATM. Turut mengiringi lawatan, Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan; Brigedier Jeneral Dato' Mohd Rafi bin Muhammad serta Ketua Tim Projek; Lt Kol Mohd Fauzi bin Omar TUDM.
(ATM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/meN6LnY
via IFTTT






Post a Comment