TUAH UGV Tampil di Majlis Pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber

22 September 2026

TUAH Unmanned Ground Vehicle (photos: Deftech)

Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH), platform autonomi maju yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), edge intelligence dan sistem kawalan berpusat, dipamerkan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.


TUAH hasil kerjasama strategik DEFTECH dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). DEFTECH menyumbang kepakaran dalam keperluan ketenteraan, reka bentuk mekanikal dan fabrikasi, manakala UMPSA dalam sistem autonomi, perisian dan robotik.


Pembangunannya turut disokong Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) 2025 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bernilai RM1.4 juta, melalui projek "AEROGROUND" yang meneroka robot autonomi aero-darat untuk pengawasan dan peninjauan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin. 



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/FGewU05
via IFTTT