Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara ke Destini Prima Sdn Bhd
25 Desember 2025
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/Z2acxDd
via IFTTT
Destini Prima Sdn Bhd bergerak dalam bidang Aviation Defence, Marine Defence, dan layanan lainnya (photo: TUDM)
Lawatan kerja ini adalah bagi memaksimakan peluang kolaborasi strategik dengan industri dan rakan strategik dalam memastikan kemampanan aset dan kejayaan operasi TUDM sepertimana tonggak keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Meningkatkan Dokongan Logistik”.
SUBANG – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Destini Prima Sdn Bhd hari ini.
Selain itu, lawatan Panglima Tentera Udara ini juga untuk melihat keupayaan syarikat–syarikat di bawah industri pertahanan dalam mendukung kelestarian operasi (operational sustainability) khususnya kepada TUDM.
Salah satu layanan dalam Aviation Defence adalah mempunyai kapabilitas dalam hal MRO (image: Destini)
Turut serta dalam lawatan ini adalah Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; AKS Perancangan & Pembangunan, Mejar Jeneral Mohd Sani bin Omar TUDM dan AKS Kejuruteraan, Mej Jeneral Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM.
(TUDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/Z2acxDd
via IFTTT




Post a Comment