Upacara Keel Laying Bagi Littoral Mission Ship Batch 2 TLDM di Turkiye
10 April 2025
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/vxiymOc
via IFTTT
Peletakan lunas projek kapal Littoral Mission Ship Batch 2 di Turkiye (photos: TLDM)
ISTANBUL - Upacara Keel Laying bagi projek Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain dan disaksikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali di Istanbul Shipyard, Turkiye hari ini.
Keel laying atau peletakan lunas merupakan satu fasa penting dalam pembinaan struktur utama sesebuah kapal. Upacara ini merupakan tradisi dalam industri pembinaan kapal yang menandakan bermulanya aktiviti penyambungan blok-blok utama kapal di limbungan. Upacara kali ini adalah kesinambungan kepada upacara steel cutting yang telah dilaksanakan pada 4 Disember 2024, sekaligus menandakan peralihan daripada fasa pembinaan kepada fasa penyambungan.
Semasa lawatan delegasi Malaysia ke Turkiye, turut dilaksanakan Mesyuarat Project Monitoring Committee (PMC) pada 7 Apr 25 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama wakil Syarikat. PMC ini bagi memantau pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan kontrak dan kemajuan kerja pembinaan LMSB2. Pihak syarikat telah membentangkan kemajuan kerja bagi ketiga-tiga buah kapal dan menunjukkan kemajuan kerja yang sangat memberangsangkan bagi projek ini.
Berdasarkan kemajuan kerja semasa, kapal LMSB2 dijangka siap dan dilancarkan pada pertengahan tahun 2026 sebelum diserahkan kepada TLDM pada penghujung tahun 2027.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah delegasi Kementerian Pertahanan, wakil TLDM, Pasukan Projek Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) dan Mr. Bülent Soydal selaku Deputy General Manager Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM).
(TLDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/vxiymOc
via IFTTT


Post a Comment