Tentera Darat Malaysia Rancang Tambah Jangka Hayat PT-91M Pendekar Untuk 15 Tahun Lagi
03 April 2025
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4hZMrvC
via IFTTT
Malaysia dalam kurun 2007-2009 menerima kiriman 48 unit PT-91M MBT, 6 unit ARV, 3 unit Engineering Vehicle dan 5 tank jembatan dari pabrikan Bumar Labedy, Polandia (photo: AirTimes)
Kereta kebal utama (MBT) PT-91M PENDEKAR Tentera Darat Malaysia (TD) akan menjalani Program Pelanjutan Hayat (Life Extension Programme, LEP) pada tahun 2027. MBT ini akan mencapai tahap usia pada tahun yang sama.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.
"Bagi memastikan kelangsungan MBT PENDEKAR dalam perkhidmatan ATM, pihak TD telah merancang untuk melaksanakan LEP MBT ini melalui Rolling Plan Ke-2 (RP), Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13) tahun 2027," kata Menteri Pertahanan.
Menurut beliau, pelaksanaan LEP ini akan dapat memanjangkan hayat MBT tersebut hingga 15 tahun dengan kos yang lebih rendah berbanding perolehan baharu yang memerlukan kos yang tinggi.
Khaled menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan rancangan masa hadapan kelangsungan PT-91M PENDEKAR.
See full article AirTimes
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4hZMrvC
via IFTTT
Post a Comment