Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) TLDM Bakal Dibina di Bintulu

13 Agustus 2024

Markas Wilayah Laut 4 TLDM akan berada di Samalaju, Bintulu, Kerajaan Sarawak melengkapi tiga Mawilla yang telah ada, yaitu: Mawilla 1 di Kuantan, Mawilla 2 di Sepanggar dan Mawila 3 di Langkawi (image: GoogleMaps)

Kuching: Pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, akan dimulakan apabila proses pembayaran premium tanah kepada kerajaan Sarawak selesai tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan pangkalan terbaharu TLDM itu antara isu dibincangkannya dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dalam kunjungan sulungnya tadi.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Abang Johari bersetuju MAWILLA 4 dibina di satu kawasan di Samalaju bagi membolehkan TLDM mewujudkan pangkalan yang berdekatan dengan kawasan Lapangan Gas Kasawari dan Beting Patinggi Ali di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Laut China Selatan.

"Sekarang kita fokus untuk menyelesaikan isu tanah bagi menyegerakan pembinaan pangkalan TLDM di Bintulu itu.

"Ia berkaitan dengan proses untuk kita mendapatkan premium bersesuaian. Sebaik ia selesai, kita akan mengemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memulakan projek pembinaan pangkalan itu," katanya sempena lawatan kerja ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) di Kem Penrissen, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Mohamed Khalid berkata, dalam kunjungan sulung ke Sarawak selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan, beliau turut memberi jaminan kepada Abang Johari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa komited untuk menjaga keselamatan Sarawak sama ada dari ancaman tradisional atau ancaman bentuk baharu.

"Komitmen kita terhadap kawalan keselamatan itu perlu selari dengan pembangunan sektor ekonomi yang sedang berlaku di Sarawak dan bagi mengetatkan kawalan sempadan kita kini mempunyai 17 pos dan banyak lagi yang sedang dalam pembinaan yang apabila semuanya siap nanti akan ada 23 pos kawalan tentera di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan," katanya.



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/46IiADU
via IFTTT