Kesiagaan TDM Terus Diperkasa Dengan Perolehan Aset Baharu

08 Maret 2024

Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) HMG (photo: TDM)

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen hari ini.

Aviation Forward Repair Team Vehicle (photo: TDM)

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu untuk kegunaan Tentera Darat antaranya adalah:
-Command Centre Platform (CCP), 
-Light Forward Repair Vehicle (LFRV), 
-War Dog Rapid Deployment Vehicle, 
-Aviation Forward Repair Team Vehicle dan 
-Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) HMG.

Command Centre Platform (CCP) (photo: TDM)

Perolehan baharu ini menjadikan kesiagaan TDM sentiasa berada di tahap yang tinggi sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan juga untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Light Forward Repair Vehicle (LFRV) (photo: Mildef)

War Dog Rapid Deployment Vehicle (photo: MalaysianDefence)

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Pemangku Panglima Logistik Tentera Darat, Brigedier Jeneral Haji Abdul Jalil bin Haji Ramli serta Pegawai – Pegawai Kanan Tentera Darat dan wakil-wakil syarikat yang terlibat.



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3IyY50V
via IFTTT