Pasukan 18 RAMD (Para) Laksanakan Eksesais Lion Strike Siri 1/2022
19 Juli 2022
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3IO8Goc
via IFTTT
Eksesais Lion Strike 2022 (all photos : 18 RAMD)
Battle Group Lion Berjaya Menyelamatkan Instalasi Penting dalam Perlaksanaan Eksesais Lion Strike Siri 1/2022 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang
Butterworth - Seramai 3 Pegawai dan 119 anggota LLP daripada pasukan 18 RAMD (Para) telah berjaya melaksanakan Air Assault Op dalam perlaksanaan Eksesais LION STRIKE Siri 1/2022 mulai 27 Jun hingga 2 Julai 2022.
Kolaborasi yang digarap secara bersama dengan TUDM melalui Eksesais WIRA HELO Siri 6/2022 telah melibatkan aturgerak BG LION selaku Air Assault Troops melalui domain udara menggunakan 5 x pesawat EC 725 daripada No 10 Skn TUDM ke Objektif TEDUNG (Instalasi penting PU Butterworth) melalui kaedah insertion secara fastroping dan hoverjump.
Eksesais ini telah dilaksanakan dalam 5Fasa iaitu Fasa 1 - Staging, Fasa 2 - Loading, Fasa 3 - Air Movt, Fasa 4 - Landing dan Fasa 5 - Ground Tactical. Terlebih dahulu, anggota yang terlibat dalam Eks telah melalui Pre-Deployment Training (PDT) seperti Perancangan Cross Loading, Pelaksanaan OBUA dan Raid, TEWT, Familiarisation Training dan Prosedur Emplane, Deplane bersama pesawat.
Kejayaan anggota BG LION dalam mencapai misi yang telah diberikan melalui perlaksanaan Air Assault Op telah membuktikan relevensi penubuhan 10 Briged (Para) sebagai salah satu ketumbukan yang berteraskan National Multi-Domain Option terus kekal utuh dalam arus kemodenan tentera, selari dengan Army 4nextG.
Perlaksanaan Eksesais LION STRIKE Siri 1/2022 ini sejajar dengan Tonggak Pertama dan Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Kelangsungan Misi dan Kesiagaan" serta "Memperkasakan Keutuhan Organisasi".
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3IO8Goc
via IFTTT
Post a Comment