Eksesais Gerak Pantas, ‘Cabar’ Kesiagaan 10 Briged (Para)

09 November 2021

Eksesias Gerak Pantas 2021 (all photos : TDM)

Tahap kesiagaan formasi 10 Briged (Para) sebagai Ketumbukan Utama Tentera Darat Malaysia (TDM) di dalam Pasukan Aturgerak Cepat (PAC, ATM) diuji melalui pelaksanaan Eksesais GERAK PANTAS Siri 25/2021,  yang berlangsung mulai 18 hingga 28 Oktober 2021.


Fokus utama Eksesais adalah bertujuan untuk menilai tahap kompetensi dan kesiagaan Pasukan Atur Cepat (PAC), bermula dari Pre Deployment Training (PDT), aturgerak Operasi PARACUT dari Pengkalan Pelancar dan seterusnya Ground Tactical Manoeuvre (GTM) yang dilaksanakan di sekitar Kawasan Am  Pantai Timur Malaysia.


Penumpuan eksesais pada kali ini, memperlihatkan aturgerak 10 Bde (Para) apabila digugurkan dibelakang garisan musuh (Behind Enemy Lines) yang melibatkan  penyusupan taktikal Tim Tinjau Kompeni PANDURA(Para), penerjunan tempur statik serta guguran Container Delivery System (CDS) dan Heavy Equipement (HE).


Dikesempatan yang sama, ketumbukan ini turut diaturgerakkan secara Tactical Air Landed Operation (TALO) dengan melibatkan aturgerak Trup, Kenderaan Tentera dan Aset Persenjataan sepanjang Eksesais berlangsung.


Ianya juga bertujuan menilai tahap kesiagaan operasi Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG) benar-benar berada di tahap tertinggi untuk di aturgerakkan pada bila-bila masa dan di mana jua.


Kompetensi dan kesiagaan adalah antara lain yang ditekankan oleh Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) semasa dalam After Action Review (AAR) di penghujung eksesais.


Latihan ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu; “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset  TDM.

(TDM)


from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3EORWKm
via IFTTT