AW149 Bakal Ganti Peranan Nuri
06 Oktober 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/21UR67l
via IFTTT
Leonardo AW 149 helicopter (photos: Leonardo)
PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia pada ketika ini melihat Leonardo AW149 sebagai helikopter yang baharu bagi menggantikan peranan Nuri untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Panglima Angkatan Tentera Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, rancangan perolehan helikopter baharu untuk TUDM adalah melibatkan 24 buah helikopter yang dilaksanakan secara berfasa.
“Fasa 1 libatkan 12 unit helikopter Combat Search And Rescue (CSAR) berkeupayaan utiliti dan Fasa 2 adalah 12 buah lagi helikopter,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Perbarisan Hari ATM ke-91 di Kem Segenting, Port Dickson, semalam.
Menurut beliau, perolehan Fasa 2 telah diawalkan atas arahan kerajaan.
“Perolehan helikopter baru TUDM Fasa 2 telah diawalkan kerana kerajaan telah mengarahkan kita untuk mengikuti program perolehan helikopter untuk kegunaan Kementerian dan juga agensi kerajaan secara penswastaan melalui kaedah pajakan aset,” jelasnya
Menurut beliau, program itu diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.
“Jenis helikopter yang telah dimuktamadkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Awam Swasta kepada TUDM adalah 12 unit… Pada ketika ini, kita melihat kepada Leonardo AW149 yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan misi CSAR serta penugasan utiliti,” katanya.
Panglima Angkatan Tentera menambah, pilihan ini telah melalui proses tapisan pengurusan nilai bersama kementerian serta agensi kerajaan.
“Status terkini adalah semakan terma-terma utama perjanjian konsesi bagi perolehan helikopter secara kaedah pajakan aset ini untuk diangkat Kepada Mesyuarat Jemaah Menteri bagi kelulusan selanjutnya,” ujar beliau.
(AirTimes)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/21UR67l
via IFTTT
Post a Comment