Jeti Baharu Perkukuh Keupayaan Sokongan Logistik TLDM di Sandakan
14 November 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/oPBSLaE
via IFTTT
Jeti baru di Sandakan, Sabah, Markas Wilayah Laut 2 TLDM (photos: TLDM)
Pembinaan dan pengoperasian jeti baharu di Sandakan merupakan satu inisiatif strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam memperkukuh keupayaan sokongan logistik armada, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.
Kemudahan ini membolehkan kapal Multi Pupose Command Support Ship (MPCSS) menyalurkan sokongan logistik secara terus ke Sandakan tanpa perlu melalui Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK). Langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan logistik, mengoptimumkan penggunaan masa dan sumber serta mengurangkan kebergantungan kepada pangkalan perantara.
Pembangunan jeti ini turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh infrastruktur sokongan armada sebagai persediaan ke arah perolehan Multi Role Support Ship (MRSS) pada masa hadapan, sekali gus meningkatkan kesiagaan dan keupayaan TLDM dalam mendukung pelaksanaan operasi maritim, bantuan kemanusiaan serta operasi bersama.
Secara keseluruhannya, kemudahan ini mencerminkan komitmen berterusan TLDM dalam memperkasa infrastruktur pertahanan dan memastikan keupayaan sokongan logistik sentiasa relevan dengan keperluan operasi semasa serta cabaran masa hadapan.
(TLDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/oPBSLaE
via IFTTT




Post a Comment