Panglima Tentera Laut Tinjau Kemajuan Helikopter AW139 TLDM

03 November 2026

Kunjungan Panglima Tentera Laut ke fasiliti Leonardo Helicopters (photos: Leonardo)

VERGIATE – Panglima Tentera Laut bersama delegasi TLDM telah melaksanakan program tinjauan di fasiliti Leonardo Helicopters bagi melihat kemajuan kerja helikopter AW139 TLDM di bawah projek konsesi pajakan helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan bersama syarikat Weststar. Program ini turut disertai oleh Duta Besar Malaysia ke Itali, TYT Dato’ Shahabudeen bin Adam Shah.

Sepanjang program, delegasi berpeluang melihat helikopter berkenaan dari dekat, meninjau Assembly Line serta menerima taklimat mengenai perkembangan kerja yang sedang dilaksanakan.

Pre-Delivery Inspection bagi helikopter pertama dijangka dilaksanakan pada awal November tahun ini.

Program tinjauan ini memberi gambaran lebih jelas mengenai kemajuan projek sebagai persediaan ke arah penerimaan helikopter AW139 untuk kegunaan TLDM.

(TLDM)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3UXglep
via IFTTT