Dua Hlikopter AW139 Baharu Perkukuh Keupayaan Operasi Udara JBPM

07 November 2026

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 2 buah helikopter AW139 baharu (photos: KPKT

SUBANG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus memperkasa keupayaan operasi udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi penambahan dua (2) buah helikopter AW139 baharu yang dilengkapi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Helikopter (HEMS), menjadikan keseluruhan aset udara JBPM kini sebanyak 10 buah helikopter.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata, penambahan aset strategik ini dijangka meningkatkan keupayaan pengoperasian Bahagian Udara JBPM daripada 50 peratus kepada 85 peratus, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan pasukan dalam melaksanakan misi menyelamat dan kecemasan.

“Penambahan dua helikopter AW139 ini bukan sekadar memperkukuh aset udara JBPM, tetapi meningkatkan keupayaan kita untuk bertindak lebih pantas dalam menyelamatkan nyawa dan melindungi keselamatan rakyat,” kata beliau.


Helikopter berkenaan akan menyokong pelbagai misi termasuk pemadaman kebakaran hutan, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pemindahan pesakit (MEDIVAC), ambulans udara (Air Ambulance) serta sokongan logistik.

Bagi memastikan pengoperasian yang optimum, seramai 12 juruterbang dan 12 kru penerbangan turut menjalani latihan khusus untuk mengendalikan aset baharu ini.

Penambahan aset ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memodenkan aset dan memperkukuh kepakaran JBPM, sekali gus memastikan perkhidmatan penyelamatan negara lebih pantas, cekap dan berkesan demi melindungi nyawa serta menjamin keselamatan rakyat.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/DNzpKX8
via IFTTT