Belanjawan 2027: RM5.34 bilion dari RM22.11 untuk Perkukuh Aset Pertahanan

12 Oktober 2026

Anggaran Kementerian Pertahanan Malaysia 2027 naik 1,66% terhadap tahun 2026 (infographic: MYKemhan)

Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, meningkat RM361.95 juta atau 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara, di samping memberikan perhatian terhadap aspek kebajikan serta kesejahteraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga dan veteran.

Belanjawan 2027 menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan sektor pertahanan secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi untuk memastikan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan strategik negara terus terpelihara.


Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM22.1 bilion menerusi Belanjawan 2027, meningkat 1.66 peratus berbanding tahun 2026.

Daripada jumlah tersebut, RM14.52 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM7.58 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), meningkatkan keupayaan pertahanan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/pTmDNPF
via IFTTT