Lawatan Briged Para Bagi Keperluan Perolehan MRSS untuk Mendukong Operasi Amfibi
04 Mei 2026
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4w90V4i
via IFTTT
Peralatan tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat yang akan diangkut MRSS untuk mendukung operasi amfibi (photos: Briged Para)
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat Konsep Operasi Amfibi PAC, Blueprint Rancangan Pembangunan Keupayaan Amfibi 10 Briged (Para) dan status semasa perolehan aset amfibi yang akan diterima oleh 10 Briged (Para).
MELAKA – Lawatan oleh Tim Nukleus MRSS TLDM yang diketuai oleh Kept Mohammad Fairuz bin Hassan TLDM ke formasi 10 Briged (Para) telah diadakan di Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para), Kem Terendak, Melaka. Ia bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat berkenaan senarai dan spesifikasi aset bagi Leading Parachute Battle Group (LPBG) yang akan diaturgerakkan untuk pelaksanaan Operasi Amfibi PAC (Pasukan Atur Gerak Cepat).
Seterusnya, lawatan diteruskan dengan pemeriksaan sistem pengoperasian aset-aset LPBG yang merangkumi Elemen Tempur, Elemen Bantuan Tempur dan Elemen Bantuan Khidmat untuk disesuaikan dan digunakan secara optimum dengan spesifikasi MRSS yang akan dibuat perolehan kelak.
Lawatan ini secara tidak langsung telah menterjemahkan pelaksanaan integrasi kebersamaan dan kebolehoperasian di antara TD dan TLDM ke arah mencapai Angkatan Masa Hadapan yang mampu untuk memenangi peperangan dan misi yang akan dilaksanakan kelak.
Turut hadir dalam sepanjang lawatan tersebut adalah Kol Syed Suhairi bin Syed Hussin, Ketua Staf OPLAT Markas 10 Briged (Para), Mej Ahmad Azani bin Ab Rani, PS 2 Rancang Markas 10 Briged (Para), Mej Nik Abdul Hadi bin Nik Hassan, Pegawai Gerakan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) dan wakil pegawai daripada setiap pasukan afiliasi LPBG.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4w90V4i
via IFTTT





Post a Comment