Lima Syarikat Tempatan Jalin Kerjasama Strategik dengan Airbus untuk MRO A400M dan Simulator H225
22 April 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/XTkpBuo
via IFTTT
Pesawat angkut A400M dan H225 (photo: AIrbus)
Berkesempatan menyaksikan pemeteraian MoU dan Letter of Intent antara Airbus Defence and Space serta Airbus Helicopters bersama lima syarikat tempatan sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
Syarikat terlibat ialah Boustead Holdings Berhad, AIROD Sdn Bhd, Global Turbine Asia Sdn Bhd serta Ikramatic Systems Sdn Bhd.
Kerjasama ini meliputi latihan berkaitan satelit, peluasan keupayaan helikopter ketenteraan, peningkatan keupayaan MRO pesawat A400M TUDM, pengukuhan penyelenggaraan pesawat tentera serta penaiktarafan simulator H225.
Ini membuktikan syarikat OEM global seperti Airbus bukan sekadar membekalkan aset, malah komited menyokong syarikat tempatan melalui pemindahan teknologi, pembangunan bakat, penyelenggaraan bernilai tinggi dan peluasan rantaian bekalan global.
Langkah ini selaras aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkasa industri tempatan ke tahap lebih tinggi.
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/XTkpBuo
via IFTTT

Post a Comment