Panglima Tentera Udara Malaysia Kunjungi Projek Perolehan Pesawat FA-50M
24 April 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/IboyRfU
via IFTTT
Kunjungan Panglima Tentera Udara Malaysia ke KAI (photos: TUDM)
KOREA – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Korea Aerospace Industries (KAI) di Sacheon, Wilayah Gyeongsang Selatan, Republik Korea Selatan dari 12 hingga 15 April 2026 bagi meninjau perkembangan projek perolehan pesawat FA-50M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Lawatan ini bertujuan untuk menerima taklimat terkini berhubung status pelaksanaan projek serta kemajuan pembangunan pesawat FA-50M secara langsung daripada pasukan projek dan pihak pengeluar (OEM). Taklimat tersebut merangkumi aspek pembangunan, integrasi sistem serta perancangan jadual penghantaran pesawat bagi memastikan program perolehan ini dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Selain itu, Panglima Tentera Udara turut berpeluang melawat serta meninjau secara fizikal pemasangan pesawat dan integrasi sistem pesawat FA-50M di premis KAI. Lawatan ini memberi keyakinan terhadap tahap kemajuan projek serta komitmen pihak pengeluar dalam memastikan pesawat yang bakal diterima memenuhi keperluan operasi TUDM.
Sepanjang lawatan tersebut, Panglima Tentera Udara turut mengadakan sesi perbincangan bersama pihak KAI berkaitan potensi program naik taraf pada masa hadapan, selain mengenal pasti cabaran pelaksanaan projek serta langkah mitigasi yang perlu diambil bagi memastikan kelancaran program ini.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Panglima Tentera Udara dalam memastikan setiap aspek pembangunan dan perolehan aset baharu dilaksanakan secara teliti dan terancang. Ia juga bertepatan dengan Tonggak Pertama dan Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu Mencapai Keupayaan dan Kesiagaan Tertinggi serta Kemampanan Aset Pertahanan Udara dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.
(TUDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/IboyRfU
via IFTTT





Post a Comment