ADS Teken MoU dengan KNDS dan Thales untuk Howitzer dan Radio

23 April 2026

ADS bersama KNDS France yang telah berhasil memasok Howitzer tarik LG1 MKIII untuk AD Malaysia akan memajukan Caesar 155mm SPH untuk pengadaan howitzer gerak sendiri kaliber 155mm (photo: Khaled Nordin)

Berkesempatan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Advanced Defence Systems Sdn Bhd bersama KNDS France dan Thales Six GTS France SAS sempena DSA & NATSEC Asia 2026 hari ini.

Kerjasama bersama KNDS memberi tumpuan kepada sistem artileri 105mm LG1 MKIII serta Caesar 155mm Self-Propelled Howitzer, termasuk pemasangan, integrasi dan ujian tempatan di Malaysia.

Kerjasama bersama Thales pula melibatkan penawaran sistem komunikasi taktikal HF XL serta pembangunan talian pemasangan radio tempatan.

Ia memperlihatkan komitmen syarikat OEM antarabangsa dalam menyokong pembangunan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan dan pengukuhan keupayaan strategik negara.

Langkah ini selaras aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk membina ekosistem pertahanan yang lebih berdaya saing, berteknologi tinggi dan mampan.

Turut serta dalam acara ini syarikat-syarikat tempatan yang menjadi vendor ADS untuk meningkatkan kandungan tempatan sistem meriam dan radio.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/PaCYvqN
via IFTTT