TUDM dan RTAF Perkukuh Hubungan Dua Hala Menerusi AWG MALTHAI Ke-108

18 Februari 2026

Kunjungan ke Fighter Tactical Squadron 401 di Takhli Air Base (photo: TUDM)

Bangkok – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dan Air Marshal Jackkrit Thammavichai, Deputy Chief of Air Staff (Operations) Royal Thai Air Force (RTAF) telah mempengerusikan Mesyuarat Air Working Group Malaysia Thailand (AWG MALTHAI) Ke-108 dari 10 hingga 12 Februari 2026. Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi membincang serta merancang aktiviti dua hala melibatkan operasi, lawatan dan latihan antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan RTAF.

Kunjungan ke Fighter Tactical Squadron 401 di Takhli Air Base (photo: TUDM)

Program mesyuarat kali ini turut dilaksanakan program lawatan SMEE FLIT & Logistic T50/FA50 ke Fighter Tactical Squadron 401 di Takhli Air Base. Lawatan yang diketuai Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM bersama wakil RTAF ini memberi pendedahan berkaitan operasi dan senggaraan pesawat T-50/FA-50. Program ini signifikan sebagai persediaan menjelang kemasukan varian FA-50 ke dalam fleet TUDM. Delegasi turut berpeluang menaiki pesawat ATR 72 RTAF ke pangkalan tersebut.

Armada T-50 Squadron 401 RTAF di Takhli Air Base (photo: RTAF)

Selain itu, Program SMEE Airworthiness Operation Regulations turut dilaksanakan melibatkan pegawai kanan TUDM dan RTAF. Perbincangan merangkumi proses kompetensi serta ujian kategori juruterbang TUDM dan rujukan peraturan yang diguna pakai. Pihak RTAF turut berkongsi taklimat setara termasuk aspek pengoperasian UAV mereka. Keseluruhannya, mesyuarat ini terus memperkukuh kerjasama strategik dan kesiapsiagaan kedua-dua angkatan udara.




from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/yGMlUrS
via IFTTT