Sukhoi Su-30MKM Masih Boleh Beroperasi Dengan Baik Hingga 2035 – Panglima Tentera Udara

04 Agustus 2025

Terbang formasi 6 pesawat tempur Su-30MKM (photos: TUDM)

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris yang menerbangkan pesawat Sukhoi Su-30MKM pada persembahan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya, kelmarin, mengesahkan semua pesawat tempur itu masih boleh beroperasi dengan baik sehingga 2035.

Beliau berkata, pesawat itu yang sudah berusia 18 tahun masih lagi relevan dan berkeadaan baik serta boleh diguna pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun jika komponen disenggara dan mematuhi jadual penyelenggaraannya.


Katanya, keadaan pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dikendalikannya kelmarin masih sama seperti kali pertama beliau memandu pesawat tempur itu selepas menjalani latihan di Zukovsky, Moscow pada 2007.

“Saya antara empat juruterbang kumpulan pertama yang membawa pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM pada 2007 dan kemampuan pesawat itu masih sama hingga kini.


“Bagi pesawat pejuang, tempoh minimum boleh beroperasi adalah 20 tahun tetapi ia boleh dilanjutkan sehingga 30 tahun atau lebih, jika penyelenggaraan dilakukan dengan baik dan dinaik taraf.

(ATM)


from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/k5mNBAu
via IFTTT