Menhan Khaled Nordin Kunjungi LUNAS Shipyard Tinjau Progres LCS
13 Maret 2025
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/pAItNuH
via IFTTT
Kunjungan Menteri Pertahanan Malaysia ke limbungn LUNAS (photos: MYKemhan)
Sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Menteri Pertahanan Khaled Nordin telah ke limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi melihat kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik negara.
Kerajaan komited memastikan projek ini dapat disempurnakan sebagaimana yang dirancang. Setelah mendengar taklimat dan meninjau sendiri pelaksanaan pembinaan di limbungan, Khaled Nordin berpuas hati dengan kemajuan kerja yang dilaksanakan.
LCS 1 yang telah diluncurkan ke permukaan air tahun lalu, akan dapat diserahkan kepada TLDM pada bulan Ogos 2026. Manakala LCS 2, akan bersedia untuk diluncurkan pada Mei 2025 dan upacara penamaannya adalah sekitar Jun 2025.
Bagi LCS 3 pula, ia dijangka akan diluncurkan pada Januari 2026. Pembinaan LCS 4 dan LCS 5 mengikut jadual dan perbatuan yang telah ditetapkan. Tahniah kepada LUNAS kerana dapat melaksanakan tanggungjawab ini untuk negara.
"Terima kasih juga kepada TLDM atas pemantauan kerja yang berterusan. Saya percaya dengan kesungguhan dan komitmen semua pihak, projek yang cukup penting untuk negara ini dapat dijayakan dan disempurnakan" demikian kata Khaled Nordin.
(MYKemhan)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/pAItNuH
via IFTTT
Post a Comment