Tender MRSS Dijangka Akan Dibuka Pada Oktober 2025

17 Februari 2025

KD Sri Inderapura (L1505) kapal LST yang dibeli dari Angkatan Laut Amerika Serikat pada tahun 1995, kapal dengan fungsi MRSS ini terbakar pada tahun 2009 dan kemudian dinonaktifkan (photo: Azri Zainul)

Hyundai Heavy Industries (HHI) Saingan Kuat Untuk Bekal Kapal MRSS Pada TLDM

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Malaysia dijangka akan membuka tender perolehan dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) pada Oktober tahun ini, yang bakal menarik penyertaan beberapa buah syarikat pembina kapal terkemuka dunia.

Perolehan dua buah kapal MRSS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu merupakan inisiatif utama (key initiatives) dibawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang akan bermula tahun depan sehingga tahun 2030.

Kapal ketiga MRSS milik TLDM itu dijangka diperolehi pada tempoh RMK-14 (2031-2035).

KD Mahawangsa (1504) dan KD Indera Sakti (1503), kapal auxiliary yang digunakan untuk transportasi logistik dan dukungan, saat ini difungsikan sebagai MRSS (photo: Metro)

Galangan yang menunjukkan minat memenuhi keperluan TLDM bagi kapal MRSS, beberapa syarikat: Hyundai Heavy Industries (HHI) dari Korea Selatan, PT PAL daripada Indonesia, Damen dari Belanda, Naval Group dari Perancis, CSOC dari China, Mitsui dari Jepun dan TAIS dari Turkiye turut dijangka akan bersaing hebat dalam tender yang bakal dibuka itu tidak lama lagi.

Panglima TLDM sebelum ini, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob pernah berkata bahawa keperluan kapal-kapal MRSS adalah amat penting.

“Dengan kedudukan geografi negara yang terbahagi kepada dua wilayah dan dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan jarak terdekat sejauh 568.42 kilometer, kita memerlukan platform sebegini bagi bantuan logistik dan mengukuhkan keperluan.”

MRSS menurut beliau dalam temuramah dengan akhbar tempatan berkata,  kapal MRSS dilihat sebagai keperluan yang sangat penting dan perolehannya wajar disegerakan.

See full article DSA



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/mAXWTdY
via IFTTT