Penandatanganan Perjanjian Perolehan Helikopter Melalui Mekanisme Sewa
21 Desember 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/mnPtTKr
via IFTTT
Penanda-tanganan kerjasama pengadaan helikopter melalui kaedah pajakan aset (metode sewa aset) (photo: TUDM)
Majlis menandatangani perjanjian perolehan helikopter kegunaan kementerian dan agensi kerajaan
PUTRAJAYA - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Perolehan Helikopter untuk kegunaan kementerian dan agensi kerajaan melalui kaedah pajakan aset secara penswastaan bertempat di Putrajaya.
Perjanjian ini menandakan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan operasi dan logistik udara agensi-agensi terlibat termasuk TUDM.
Melalui mekanisme sewa aset kerajaan akan memperoleh 28 helikopter AW-149 untuk tempo selama 15 tahun, dengan perincian jumlah: 1 untuk PM, 12 untuk TUDM, 2 untuk TLDM, 7 untuk Polis DM, 4 untuk APMM, 2 untuk Bomba dan Penyelamat (photo: Wiki)
Pendekatan penswastaan melalui mekanisme pajakan ini dilihat sebagai langkah strategik yang bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan perolehan, malah memastikan pengurusan sumber dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.
Kaedah ini juga dianggap inovatif kerana berpotensi untuk menjimatkan kos jangka panjang tanpa menjejaskan kualiti mahupun fungsi aset yang diperoleh.
(TUDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/mnPtTKr
via IFTTT
Post a Comment