Briged 10 Para Adakan Eksesais Iron Shield Siri 10/2024 dengan Penembakan NLAW
24 Desember 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/sbB0pKC
via IFTTT
Briged 10 Para adakan eksesais Iron Shield Siri 10/2024 di Gemas, Negeri Sembilan-Johor (all photos: Briged Para 10)
Timbalan Panglima 10 Bgd (Para) Kol Mohd Azral bin Manan hadir bagi menyaksikan demonstrasi tembakan senjata Anti Kereta Kebal yang baharu iaitu Next Generation Light Anti-Tank Weapon (NLAW) yang dilaksanakan di Lapang Sasar OP 3 dan serangan akhir Eks IRON SHIELD Siri 10/24 yang dilaksanakan di Lapang Sasar Tapak Bravo sebagai acara penutup eksesais ini.
Eksesais Iron Shield Siri 10/2024 Meningkatkan Tahap Kompetensi dan Kesiagaan Pasukan Kompeni Bantuan (Para) bagi Mendukung Battle Group di Medan Tempur
GEMAS – Kompeni Bantuan (Para) telah berjaya melaksanakan Eksesais IRON SHIELD Siri 10/2024 yang berlangsung mulai 3 hingga 16 Dis 2024 di Kawasan Am Kem Asahan, Gemas melibatkan 4 Peg dan 82 anggota LLP.
Objektif eksesais adalah untuk menguji tahap kompetensi dan kepakaran khusus (Key Task List) pasukan dalam membantu operasi Battle Group 10 Bgd (Para) sebagai Rapid Deployment Force (RDF).
Eksesais ini dilaksanakan melalui tiga peringkat iaitu Peringkat Pertama (Tembak Tempur Individu (LTTI)), peringkat kedua (Latihan Tembak Tempur Tim (LTTT)) dan peringkat ketiga (Latihan Tempur Serangan Platun).
Turut hadir Pegawai Staf 1 Latih MK 10 Bgd (Para) Lt Kol Zain Azrai bin Hj Karia.
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/sbB0pKC
via IFTTT
Post a Comment