TUDM Laksana Latihan Air-air-Air Refuelling (AAR) Bersama US PACAF dan WAANG
14 November 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/qnZhaIE
via IFTTT
Air-to-Air Refuelling pesawat Su-30MKM dan F/A-18D TUDM pada pesawat KC-135 dari USAF (photos: KemhanMY)
Pada hari pertama, latihan dimulakan dengan sesi kelas akademik yang dikendalikan oleh Skuadron 141 yang merangkumi teori asas dan prosedur AAR. Pada hari kedua, pelaksanaan sesi penerbangan sebenar dengan penglibatan Pegawai-pegawai Kanan daripada US PACAF, WAANG dan TUDM. Latihan telah diakhiri dengan taklimat penutup untuk menyimpulkan hasil latihan dan perkongsian pengalaman daripada anak kapal terlibat. Selain itu, ia juga untuk menilai keberkesanan latihan dan mengesahkan pencapaian objektif yang telah ditetapkan.
SUBANG -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan latihan bilateral Subject Matter Expert Exchange (SMEE) bersama United States Pacific Air Forces (US PACAF) dan Washington Air National Guard (WAANG) dalam Air-to-Air Refuelling (AAR) pada 12 dan 13 November 2024. Latihan ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang hasil daripada Mesyuarat Bilateral Airman-to-Airman Talks antara kedua-dua negara.
Latihan AAR adalah teknik pemindahan bahan bakar dari satu pesawat yang dikenali sebagai tanker ke pesawat lain yang memerlukan bahan bakar semasa kedua-duanya berada di udara.
Teknik ini membolehkan pesawat penerima untuk kekal terbang lebih lama dan membawa muatan yang lebih berat semasa berlepas. Latihan ini telah melibatkan pesawat KC-135 dari USAF serta pesawat SU-30MKM dan F/A-18D Hornet dari TUDM.

Pelaksanaan latihan AAR ini membawa pelbagai manfaat strategik antaranya memanjangkan jarak operasi pesawat, meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkuat keupayaan untuk menjalankan misi jarak jauh tanpa keperluan mendarat untuk mengisi bahan bakar. Selain itu, latihan ini juga memperkukuh koordinasi antara pesawat tanker dan pesawat penerima bahan bakar serta meningkatkan kerjasama antara tentera udara dari kedua-dua negara dalam menjalankan operasi gabungan.
Secara keseluruhannya, latihan bilateral yang dilaksanakan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan pertahanan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, tetapi juga meningkatkan kemampuan TUDM dalam menjalankan operasi bersama dengan rakan antarabangsa. Melalui latihan ini, TUDM akan terus komited dalam mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan udara Malaysia, sejajar dengan perkembangan pesat dalam teknologi pertahanan dan kerjasama antarabangsa.
(KemhanMY)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/qnZhaIE
via IFTTT
Post a Comment