PM Minta Segerakan Proses Perolehan Pembelian Pesawat FA-50M Buatan Korea Selatan
30 November 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/qOcXBKY
via IFTTT
PM Anwar Ibrahim ketika lawatan ke Korea Sealatan (photo: PMO)
Seoul: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia meminta menyegerakan proses perolehan pesawat pejuang FA-50M buatan Korea Selatan.
Sebelum ini, proses itu ditetapkan muktamad pada 2026.
"Kita meminta disegerakan (proses) pembelian yang beberapa tahun lalu diputuskan (iaitu) 18 unit pesawat FA-50M, yang sepatutnya sampai pada 2026.
"Kalau boleh dipercepatkan," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia, dalam sidang media bersama media Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengakhiri lawatan tiga hari ke Korea Selatan selepas menerima jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak memperincikan proses rundingan untuk mempercepatkan proses perolehan itu.
Pada September lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, pengeluar pesawat pejuang berkenaan, Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat Hanwha Aerospace telah mencapai tahap 38 peratus pembinaan pesawat berkenaan.
Perolehan pesawat itu bernilai RM4 bilion.
(MYMetro)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/qOcXBKY
via IFTTT
Post a Comment