Khaled Nordin Kunjungi Pangkalan TLDM di Sabah
12 November 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/nAR6sMj
via IFTTT
Kujungan Menteri Pertahanan Malaysia ke Pangkalan TLDM Kinabalu (photos: TLDM)
Keselamatan dan kedaulatan Zon Maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak sentiasa diberikan tumpuan oleh Kerajaan kerana ia memberikan kesan yang cukup signifikan kepada ekonomi negara dan kestabilan geopolitik serantau.
Kapal selam Scorpene ini telah diperoleh dari negara Perancis dan ditauliahkan pada 2009.
Menteri Pertahanan Malaysia mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Sabah hari Minggu 10/11.
Lawatan dimulakan dengan menerima taklimat berkenaan operasi Markas Pemerintahan Armada Timur yang bertanggungjawab terhadap penugasan operasi TLDM di perairan Sabah dan Sarawak.
Kapal selam KD Tun Razak (photo: Berita Harian)
Dalam lawatan kerja ini, Khaled Nordin turut menerima taklimat berkenaan Angkatan Kapal Selam (AKAS) yang mempunyai peranan tersendiri dalam memperkukuh Armada TLDM dan sebagai pemangkin kepada penguasaan domain bawah air.
Kementerian Pertahanan memberikan komitmen untuk terus membangun dan meningkatkan keupayaan Armada Timur kita agar segala isu dan cabaran yang dihadapi di wilayah ini dapat diatasi.
Tinjau Operasi Kapal Selam KD Tun Razak
Dalam rangka lawatan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah, Khaled Nordin telah meninjau operasi KD Selangor di Laut China Selatan.
Ketibaan ke Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) ini turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Armada Timur dan disambut oleh 92 orang anak kapal KD Selangor.
Selain itu, Khaled Nordin juga berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan operasi KD Tun Razak yang mana merupakan salah satu kapal selam milik TLDM.
Khaled Nordin turut mencoba KD Tun Razak (photo: Bernama)
Semasa lawatan ini, Khaled Nordin bukan sahaja ditaklimatkan dengan kemampuan KD Tun Razak, malah diberi peluang menyelam pada kedalaman operasi maksimum.
Pengalaman ini sekaligus membuktikan keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan.
Bersama KD Tun Razak hingga tahap selaman maksimum (photo: Utusan Malaysia)
Pelayaran ini telah disertai oleh anak-anak kapal yang mahir dan kompeten yang mana dilahirkan melalui projek perolehan kapal selam ini.
"Saya pasti kapal selam ini bukan sahaja melambangkan pemodenan Armada TLDM, malah penting dalam membina imej Malaysia sebagai negara yang memiliki angkatan laut yang dihormati dan digeruni. Saya berikrar untuk terus memberi komitmen terhadap usaha pemodenan dan pemerkasaan aset-aset ketenteraan strategik demi mempertahankan kedaulatan Malaysia" demikian Khaled Nordin.
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/nAR6sMj
via IFTTT
Post a Comment