KD Pendekar Berhasil Diangkat Kembali
16 Oktober 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/cH9VuNg
via IFTTT
Kapal patroli KD Pendekar berhasil diapungkan (photo: TLDM)
Operasi Salvage KD Pendekar Kapal Berjaya Diapungkan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
KD PENDEKAR telah berjaya diapungkan kembali pada jam 1638H, 12 Oktober 2024. Kapal kini sedang menjalani pembaikan awalan sebelum diserahkan kembali kepada TLDM.
Operasi salvage KD PENDEKAR pada dasarnya telah dapat diselesaikan walaupun terdapat beberapa cabaran. Lokasi di mana kapal tersebut karam kini disahkan selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritim khususnya yang sering menggunakan perairan tersebut.
Masa hadapan kapal yang berusia lebih 45 tahun tersebut akan diputuskan bersekali dengan rancangan “Phasing In – Phasing Out” kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5.
Punca dan faktor-faktor terlibat yang membawa kepada insiden tenggelamnya KD PENDEKAR masih sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan.
(TLDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/cH9VuNg
via IFTTT
Post a Comment