APMM Tinjau Persiapan Membawa Pulang USCG Cutter Steadfast
11 Oktober 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/8B7AhCI
via IFTTT
Kunjungan ke USCG Steadfast WMEC-623 (photos: USCG, MMEA)
Maritim Malaysia Perkukuh Kerjasama dengan United States Coast Guard di Washington D.C.
"Saya amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh USCG dan percaya bahawa kerjasama ini akan memperkukuh keselamatan maritim kita serta memberikan manfaat kepada komuniti antarabangsa," ujar Datuk Haji Mohd Rosli.
WAHINGTON D.C. – Dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan di Washington D.C. baru-baru ini.
Datuk Haji Mohd Rosli berkata, pertemuan ini diadakan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama sedia ada antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan United States Coast Guard (USCG).
Pada pertemuan empat mata itu, Linda Fagan turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Haji Mohd Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh di samping menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui visi dan strategi yang dirancangkan beliau dalam memacu Maritim Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.
Hasil pertemuan tersebut, USCG telah menyatakan sokongan dan komitmen tinggi terhadap usaha yang dilakukan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara selain menekankan pentingnya kerjasama dalam aspek keselamatan serta Intelligence Surveillance & Reconnaissance (ISR).
Dalam rangka lawatan, delegasi Maritim Malaysia turut mengunjungi USCG Cutter STEADFAST di Baltimore bagi meninjau persiapan membawa pulang kapal tersebut ke Malaysia, yang dijadual bermula pada penghujung tahun ini.
Dalam kenyataannya, Datuk Haji Mohd Rosli mengesahkan bahawa USCG Cutter STEADFAST berada dalam keadaan yang baik dan ruang kerja di dalamnya amat selesa bagi menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.
“Proses baik pulih kapal berkenaan akan dilakukan dan keberadaannya di dalam inventori aset Maritim Malaysia tidak lama lagi bakal meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan dalam mengimplementasi konsep operasi berteraskan 'ever present' dan 'the right asset for the right mission' di Zon Maritim Malaysia.”
Jelasnya, “antara aspek penting yang dititik beratkan dalam membawa pulang kapal tersebut merangkumi kuasa gerak, penjanaan kuasa, struktur badan dan rangka kapal, komunikasi, pandu arah dan domestik.”
Selain itu, delegasi turut dibawa melawat USCG Surface Acquisitions Logistic Center di Baltimore, di mana perbincangan mengenai penyediaan peralatan sokongan kapal dan kemudahan bagi kru yang akan menjalani fasa suai kenal (familiarization) bersama aset tersebut turut akan diadakan.
Antara peralatan yang telah tersedia untuk diserahkan adalah meliputi peralatan Damage Control and Fire Fighting (DCFF), peralatan domestik seperti kelengkapan galley, dan peralatan serta kelengkapan Onboard Spare List (OSL).
Lawatan bersejarah itu diakhiri dengan pertukaran syiling, simbolik kepada tradisi agensi keselamatan dan jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua organisasi.
(APMM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/8B7AhCI
via IFTTT
Post a Comment