KD Laksamana Muhammad Amin F136 Selesai Jalani Re-Hull

25 Agustus 2024

Penerimaan kembali korvet KD Laksamana Muhammad Amin F136 yang telah menjalani program re-hull (all photos: Grade One Marine Shipyard)

Paradigm Shift Refit KD Laksamana Muhammad Amin

LUMUT   –   KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN melakar sejarah sebagai kapal kedua selepas KD PERKASA menjalani selenggaraan berjadual refit secara re-hull, termasuk re-powering.  Di atas keberhasilan inisiatif luar kotak tersebut, Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahari bin Baharuddin telah menyempurnakan majlis penerimaan di Limbungan Grade One Marine Shipyard Sdn Bhd yang turut dihadiri oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Haji Ludin.
 

Pendekatan re-hull ini boleh dianggap paradigm shift pelaksanaan selenggaraan berjadual kapal TLDM di limbungan. Ini disebabkan secara conventional, hull kapal akan menjalani senggaraan secara replating.  


Namun disebabkan 3 faktor utama iaitu lebih cepat, kos kompetitif dan ketahanan lebih lama, maka kaedah re-hull telah diimplementasi walaupun dipertikaikan pada awalnya. Kaedah ini adalah pendekatan interim terhadap tatacara senggaraan berjadual kapal di limbungan, khususnya bagi kapal yang telah berusia.


Hasil inisiatif re-hull ini, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN telah diberi nafas baharu dalam aspek keupayaan operasi, jangka hayat serta supportability yang lebih baik. Lebih membanggakan, kesemua aktiviti projek dilaksana sepenuhnya oleh anak tempatan, membuktikan keupayaan industri pertahanan maritim negara.


Warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif berterusan serta prakmatik yang dihasilkan dan berterusan berinovasi secara agresif untuk menghasilkan penambahbaikan berimpak tinggi demi kecemerlangan TLDM.  



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3T4fa8S
via IFTTT