TLDM Peroleh Anggaran RM10 Bilion dalam RMKe-13
15 Juli 2024
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4cF1IA2
via IFTTT
Dalam tempoh tahun 2026-2030 TLDM memperoleh anggaran untuk 2 kapal MRSS (photo: Nebuchanedzar)
RMKe-13: Rancangan perolehan aset TLDM dianggar berjumlah RM10 bilion
KUALA LUMPUR – Rancangan perolehan aset baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM10 bilion untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).
Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari semasa Perbahasan Penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, perolehan Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship) Batch Kedua (LMSB2) yang dilakukan oleh kerajaan pada Jun lalu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan armada TLDM.
“Di bawah RMKe-13 pula, usaha memperkasakan armada TLDM diteruskan dengan termeterainya perjanjian perolehan bagi tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 2 dengan negara Turkiye baru-baru ini,” katanya di Dewan Rakyat.
Perolehan 3 buah LMSB2 itu dilakukan melalui kaedah Government to Government (G2G) dengan negara Turkiye.
RMKe-13 merangkumi tempoh tahun 2026-2030.
“Perolehan bagi baki 3 buah LMS lagi akan dimasukkan di bawah RMKe-13,” ujar beliau.
Selain LMS, TLDM turut merancang perolehan 2 buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS), 3 buah kapal Littoral Mission Ship Batch 3, 4 buah helikopter anti kapal selam dan 6 buah Unmanned Aerial Vehicle (UAV).
“Proses perolehan bagi aset-aset baharu ini dijangka berlangsung sehingga 2030. Kesemua perolehan aset TLDM ini dianggarkan berjumlah RM10 – RM11 bilion bergantung kepada keadaan ekonomi semasa kerajaan,” katanya.
(AirTimes)
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4cF1IA2
via IFTTT
Post a Comment