TLDM Memastikan Kesiagaan Armada Korvat Melalui Laksamana Exercise Siri 2/24

17 Juni 2024

KD Laksamana Hang Nadim (F134), KD Laksamana Tun Abdul Jamil (F135) dan KD Laksamana Tan Pusmah (F137), turut serta dalam LAKSEX Siri 2/24, 1 Laksamana class tidak ikut adalah KD Laksamana Muhammad Amin (F136) (photos: Laksamana Corvette)

LAKSAMANA EXERCISE (LAKSEX) merupakan latihan antara kapal kelas Laksamana yang dilaksanakan secara berkala untuk memastikan kesiagaan kapal dan warganya sentiasa berada pada tahap tertinggi. LAKSEX Siri 2/24 melibatkan KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD JEBAT sebagai platform tambahan dan pesawat FENNEC dari Skuadron 502 sebagai aset udara. Panglima Armada Barat bersama semua Pegawai Memerintah Kapal Armada Barat dan Pegawai Kanan Markas Pemerintahan Armada Barat turut menyaksikan LAKSEX siri kali ini apabila semuanya berada di atas KD JEBAT untuk pelayaran team building.


Eksesais ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Jun 24 melibatkan pelbagai siri latihan termasuk pandu arah terang dan gelap, oow manoeuvre, PHOTEX, pemindahan tali balingan, menyelamatkan orang jatuh laut, bersauh dalam formasi dan mendarat.


Turut mengambil peluang pelaksanaan eksesais siri kali ini adalah penyertaan 13 orang peserta Kursus Kepakaran Pegawai Navigasi dari KD SULTAN IDRIS I yang telah diberi pendedahan dan melaksanakan latihan praktikal sepanjang eksesais dilaksanakan.



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3xap0yl
via IFTTT