LCS Pertama Dijangka Diserah kepada TLDM Ogos 2026
05 Juni 2024
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4ea2gPC
via IFTTT
KD Maharaja Lela setelah diluncurkan ke atas air (photo: MY Metro)
Pada hari ini juga, saya telah ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi mendengar taklimat dan meninjau kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Pertama negara.
Alhamdulillah, LCS Pertama yang dibina telah berjaya diluncurkan ke permukaan air pada 23 Mei 2024 dan menepati ‘milestone’ yang ditetapkan iaitu pada bulan Mei tahun ini. Peluncuran kapal tersebut di atas permukaan air cukup penting untuk kita menguji kestabilan dan keutuhannya.
Proses tersebut kini telah berlalu dan pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja pemasangan peralatan dan integrasi sistem sebelum pelaksanaan Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) pada penghujung tahun.
Mengikut perancangan, LCS Pertama ini akan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada bulan Ogos 2026.
Manakala bagi LCS Kedua hingga Kelima, kemajuan kerja pembinaan bagi kapal-kapal tersebut juga mengikut jadual dan dijangka diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan, iaitu yang terakhir pada tahun 2029.
Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan projek ini disiapkan mengikut ‘milestones’ baharu yang ditetapkan. Kesemua ini dilaksanakan bagi memastikan TLDM kita dapat terus ditingkatkan kesiagaannya, demi kedaulatan tanah air.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4ea2gPC
via IFTTT
Post a Comment