Panglima Tentera Darat Malaysia Lakukan Lawatan Kerja ke Turkiye
25 Mei 2024
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/44TX2mT
via IFTTT
Kunjungan hormat kepada Commander of the Turkish Land Forces (photo: TDM)
Kunjungan Hormat PTD Kepada Commander of The Turkish Land Forces
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Commander of The Turkish Land Forces, General Selcuk Bayraktaroglu di Ministry of National Defence, Bakanliklar, Ankara, Turkiye.
Kunjungan Hormat ini adalah bersempena dengan lawatan rasmi PTD ke SEDEC Conference Fair B2B bermula 18 sehingga 24 Mei 2024. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan bilateral di antara Tentera Darat Malaysia bersama negara-negara serantau.
Meneruskan lawatan kerja di bumi Turkiye, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah meluangkan masa untuk mengadakan lawatan ke Kilang Nurol Makina Ve Sanayi A.S di Ankara.
Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat dengan lebih dekat demostrasi Kenderaan Perisai (KP) 4x4 NMS Light Armoured Vehicle (LAV). Kenderaan Perisai ini telah diuji nilai di Malaysia pada 16 Mei hingga 1 Jun 2022 yang lalu bagi mengetahui tahap ketahanan dan mobiliti apabila digunakan di bentuk muka bumi seperti Malaysia.
Melalui laporan uji nilai, Kenderaan Perisai ini sesuai bagi aturgerak pasukan Infantri sebagai kenderaan pengangkut anggota bagi melaksanakan tugas-tugas Operation In Built-Up Area (OBUA) dan sebagai kenderaan peninjauan bagi kegunaan pasukan Armor.
Kenderaan perisai FNSS PARS 4x4 Armoured Reconnaisance Vehicle (photo: FNSS)
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang FNSS Savunma Sistemleri A.S di Ankara, Turkiye.
Lawatan ini diadakan bagi melihat beberapa jenis Kenderaan Perisai (KP) FNSS seperti ACV 300 yang telah dinaiktaraf, KP PARS 4x4 Wheeled Armoured Vehicle (WAV) dan PARS III 6x6 APC. Beberapa Kendaraan Perisai ini telah melalui proses uji nilai di Malaysia pada 5 hingga 21 April 2022 yang lalu bagi menguji tahap kompetensi Kendaraan Perisai tersebut.
Mengikut spesifikasi Kendaraan Perisai yang telah diuji nilai, KP PARS 4x4 WAV sesuai digunakan oleh Kor Armor Diraja (KAD) sebagai Armoured Reconnaisance Vehicle (ARV) manakala PARS III 6x6 lebih sesuai digunakan sebagai Armoured Fighting Vehicle (AFV) serta Armoured Personnel Carrier (APC).
Program lawatan kerja Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Turkiye, diteruskan lagi dengan mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang ASELSAN dan Pejabat CANIK, Ankara Turkiye.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh CEO syarikat ASELSAN, Mr Haluk Gorgun berkenaan produk ASELSAN A.S. Produk keluaran ASELSAN ini meliputi sistem komunikasi, radar, avionics, sistem peperangan elektronik dan sistem pertahanan udara.
Kenderaan perisai Nurol Makina Ejder Yalchin (Panthera 4x4) dilengkapi dengan RCWS buatan Aselsan dan CanikArms (photo: DefenceTurk)
ASELSAN merupakan Original Equipment Manufacturer (OEM) yang membekalkan sebahagian sistem Kenderaan Perisai (KP) 4x4 PANTHERA iaitu Remote Control Weapon System (RCWS), Battle Management System (BMS), Navigation System dan sistem komunikasi Radio.
PTD seterusnya turut mengambil peluang melawat Pejabat CANIK di Ankara Turkiye bagi melihat sendiri produk senjata keluaran syarikat meliputi senjata ringan, dan senjata berat (C100, MC9, TP9, M2F, M3, M2 QCB).
CANIK juga merupakan OEM yang membekalkan senjata berat HMG 12.7mm M2 QCB yang dipasang kepada Remote Control Weapon System (RCWS) Kenderaan Perisai (KP) 4x4 PANTHERA.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/44TX2mT
via IFTTT
Post a Comment