Eksesais Iron Shield Siri 1/2022 Tingkatkan Kemahiran Tempur Kompeni Bantuan Para

19 April 2022

Eksesais Iron Shield Siri 1/2022 (all photos : Briged Para)

Negeri Sembilan: Seramai 4 Peg dan 75 anggota LLP dari Komp Bantuan Para telah berjaya melaksanakan Eks 𝘐𝘳𝘰𝘯 𝘚𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥 Siri 1/2022 yang telah berlangsung pada 22 Mac hingga 30 Mac 2022.

Eks ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa pertama pelaksanaan latihan tembakan 𝘓𝘪𝘷𝘦 𝘧𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨 senjata HMG 12.7mm, AGL 40mm dan LAW M72. Selain itu, bagi mengekalkan kompetensi anggota dalam kemahiran tempur, latihan 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘦𝘯𝘢𝘥𝘦 turut dilaksanakan. Fasa kedua tertumpu kepada 𝘒𝘦𝘺 𝘛𝘢𝘴𝘬 𝘓𝘪𝘴𝘵 pasukan iaitu tugas-tugas khusus dalam menyokong aturgerak ketumbukan 𝘓𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 10 Bgd (Para). 

Berdasarkan 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥𝘦𝘳𝘴' 𝘎𝘶𝘪𝘥𝘢𝘯𝘤𝘦 yang telah di berikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), pasukan telah melakukan 𝘋𝘦𝘭𝘢𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘦𝘧𝘦𝘯𝘤𝘦, 𝘍𝘭𝘢𝘯𝘬 𝘚𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘵𝘺, 𝘈𝘯𝘵𝘪 𝘛𝘢𝘯𝘬 𝘙𝘰𝘭𝘦𝘴, 𝘊𝘶𝘵 𝘖𝘧𝘧 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱, 𝘋𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵 𝘍𝘪𝘳𝘦 𝘚𝘶𝘱𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘉𝘢𝘴𝘦, 𝘌𝘹𝘱𝘭𝘰𝘪𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘉𝘳𝘦𝘢𝘬 𝘖𝘶𝘵, 𝘓𝘪𝘯𝘬 𝘜𝘱 dan tugas lain yang bersangkutan dengan atur gerak Komp Bantuan. Kesemua tugas khusus ini dilaksanakan berdasarkan senario aturgerak ketumbukan 𝘙𝘢𝘱𝘪𝘥 𝘋𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦 (RDF) 10 Bgd (Para).

Eks ini dapat meningkatkan kompetensi dan skil tempur Peg dan anggota selain penekanan kepada 𝘒𝘦𝘺 𝘛𝘢𝘴𝘬 𝘓𝘪𝘴𝘵 dalam menyokong aturgerak ketumbukan 10 Bgd (Para).

Ia juga telah memberi gambaran secara realistik dan menyeluruh kepada Peg dan anggota akan tugas-tugas khusus yang perlu dijayakan dalam menyokong aturgerak ketumbukan elit Tentera Darat ini selain telah mencapai aspirasi Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu "Kelangsungan Misi dan Kesiagaan".

(Buletin Briged Para)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3rAyPQ1
via IFTTT