KD Yu Memperkukuh Kesiapsiagaan Operasi

07 Oktober 2026

KD Yu 3508 (Indonesia=Hiu) gunboat kelas Jerung (photos: Mawilla2)

KD YU terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi menerusi pelaksanaan Muzzle Velocity and Gun Functional Trial (MVGFT) serta siri latihan shakedown di perairan Sandakan.


MVGFT melibatkan siri penembakan bagi menguji kefungsian sistem persenjataan, ketepatan pengendalian serta kesiapsiagaan sistem persenjataan kapal dalam mendukung keupayaan tempur.


Siri latihan shakedown turut dilaksanakan bagi menilai tahap kesiapsiagaan kapal dan kecekapan warga kapal dalam menghadapi pelbagai senario operasi, meliputi Laluan Bebas Periuk Api, Fast Inshore Attack Craft (FIAC), Mengawal Kerosakan dan Melawan Api (MKMA), Merapat ke Stesen Kecemasan dan Pelampung, Penembakan Meriam, Senjata Kecil dan Piroteknik, Pemakaian NBCPM serta Merapat Secara Mengundur.


Latihan ini turut menjadi persediaan KD YU menghadapi Operational Sea Training Exercise 2/26.


Markas Wilayah Laut 2 kekal komited memastikan armada sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dalam mempertahankan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara daripada sebarang bentuk cabaran dan ancaman, khususnya di perairan Sabah.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/3rxyW6s
via IFTTT