G7 Aerospace Paparkan Konsep Malaysian Tactical Data Link (M-Link)

20 Oktober 2026

Presentasi M-Link oleh G7 Aerospace kepada ATM (photos: BPP ATM)

Persembahan Taklimat Pembangunan Sistem Indigeneous Malaysia Tactical Data Link kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Lawatan Fasiliti G7 Aerospace Sdn Bhd

SEPANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima satu sesi persembahan daripada Syarikat G7 Aerospace Sdn. Bhd. (G7A) berkaitan cadangan pembangunan Indigenous Malaysian Tactical Data Link (M-Link) bagi meningkatkan keupayaan perkongsian maklumat taktikal serta kesalingoperasian antara pelbagai platform ATM. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Mej Jen Omar bin Hj Dawami TUDM, Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, MK ATM – BPP.

Sesi tersebut memberikan gambaran umum berkaitan konsep M-Link sebagai sistem Tactical Data Link (TDL) tempatan yang bertujuan mewujudkan format dan protokol data taktikal yang seragam bagi menyokong perkongsian maklumat antara pelbagai platform ATM.

Cadangan pembangunan turut menekankan usaha membangunkan ekosistem teknologi tempatan secara berperingkat bagi menyokong keperluan dan pembangunan keupayaan TDL ATM. Sesi ini turut dihadiri oleh wakil daripada perkhidmatan dan bahagian ATM, iaitu TDM, TLDM, TUDM, BGSP dan STRIDE.

Sesi tersebut turut disusuli dengan lawatan ke fasiliti G7A bagi memberi pendedahan kepada pihak ATM berhubung kemudahan, teknologi dan keupayaan yang dimiliki oleh syarikat. Secara keseluruhannya, sesi ini menjadi platform kepada ATM untuk mendapatkan maklumat awal serta meneliti potensi keupayaan G7A dalam menyokong pembangunan National Tactical Data Link (NTDL) ATM pada masa hadapan.

(BPP-ATM)



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/uoSADmR
via IFTTT