Lembing Sakti 2026 Bermula: Kesiagaan dan Kecekapan Warga Briged Artileri Roket Diuji
08 Agustus 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/sQvZfI9
via IFTTT
Eksesais LEMBING SAKTI Tahun 2026 (all photos: TDM)
GEMAS – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Mohd Tawil bin Haji Daud telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Eksesais LEMBING SAKTI Tahun 2026 yang berlangsung mulai 1 hingga 6 Ogos 2026. Upacara tersebut telah diadakan di perkarangan Garaj B Bateri, Rejimen Ke-51 Artileri Diraja (51 RAD). Perbarisan yang melibatkan seramai 28 pegawai dan 200 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah diketuai oleh Mej Mohamad Yusri bin Maliki, Penolong Pegawai Memerintah 51 RAD.
Upacara diteruskan dengan pemakaian toha kepada barisan kepimpinan dan pegawai utama eksesais, melibatkan Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali sebagai Pengarah Eksesais/Pelaku; Lt Kol Affandi bin Hussain sebagai Exercise Controller (EXCON); Lt Kol Eugene Gnanaratchagar Gnanakkan sebagai Ketua Tim Keselamatan; Lt Kol Yunos bin Abu Bakar sebagai Ketua Real Life Support (RLS); Mej Mohamad Yusri bin Maliki sebagai Ketua Tim Staff Planning Exercise (SPE) dan Mej Faizan bin Mohd Sapri sebagai Ketua Tim Evaluasi.
Eksesais LEMBING SAKTI Tahun 2026 merupakan latihan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II serta pengoperasian aset FLYEYE UAS oleh Trup Pesawat Tanpa Pemandu. Eksesais ini bertujuan menguji dan menilai tahap kesiagaan, kecekapan serta kompetensi anggota dalam pengendalian sistem berkenaan berpandukan Sistem Latihan dan Penilaian Tentera Darat (ARTEP).
Dalam ucapan pembukaannya, Panglima Briged Artileri Roket menekankan aspek Force Protection dengan mengingatkan seluruh peserta agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, anggota dan peralatan sepanjang eksesais berlangsung. Beliau turut menyeru semua peserta supaya mengekalkan sikap profesional, saling membantu serta memanfaatkan peluang yang tersedia untuk bertukar ilmu, pengalaman dan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP).
Seusai upacara pembukaan, Panglima Briged Artileri Roket menghadiri sesi penyampaian Perintah Pegawai Memerintah, Perintah Ketua Bateri dan Perintah Trup Pesawat Tanpa Pemandu yang diadakan di garaj. Sesi tersebut bertujuan menilai tahap kesiagaan setiap elemen serta memastikan semua perancangan, penyelarasan dan persiapan akhir telah dilaksanakan dengan teratur sebelum memasuki fasa utama eksesais.
(TDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/sQvZfI9
via IFTTT
Post a Comment