Kemhan Malaysia Tanda-tangani LOA untuk Sistem Rudal SAM bagi Kapal LCS
25 Juli 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/M1HhrKq
via IFTTT
Kementerian Pertahanan Malaysia bersama MBDA Prancis lakukan penanda-tanganan Letter of Acceptance (photo: MBDA)
KSU Tanda-tangani Surat Setuju Terima (SST) Bersama MBDA France Sempena Farnborough International Airshow (FIA) 2026
UNITED KINGDOM – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France sempena Farnborough International Airshow (FIA) 2026.
SST tersebut melibatkan perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (Surface-to-Air Missile – SAM) bagi melengkapkan keupayaan persenjataan Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Perolehan ini juga merupakan kontrak pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal berkenaan memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM. Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik pertahanan maritim negara bagi mendepani cabaran dengan geopolitik semasa.
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/M1HhrKq
via IFTTT


Post a Comment