Aset Udara Dilibatkan dalam Latihan Kuasa Tembakan 2026 untuk Pertingkat Keupayaan Tempur

04 Juli 2026

Aset udara LKT 2026 yang dilibatkan adalah (TLDM) Super Lynx dengan 12,7mm FN M3M HMG, AW139 Long Nose variant, (TDM) MD 530G dengan senapan Gatling M134D 7,62mm, peluncur roket FZ220 dan pod senapan FN M3P HMG 12,7mm,  AW109 dengan senapan 7.62mm M134D Gatling, EC725 AP untuk penyisipan dan ekstraksi Special Force  serta termasuk penggunaan UAV FlyEye (photos: BTDM, PMBTD, ATM, TUDM)

Latihan Kuasa Tembakan 2026 Pertingkat Keupayaan Tempur dan Operasi Gabungan ATM

GEMAS – Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Gemas Kem Syed Sirajuddin telah memperlihatkan keupayaan tempur serta kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi demonstrasi operasi gabungan melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Latihan tahunan anjuran TDM ini dijadikan sebagai platform untuk memperagakan keupayaan, kesiagaan dan interoperabiliti aset ATM dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa.

TDM menampilkan keupayaan tempur darat melalui pengoperasian aset utama seperti PT-91M Pendekar, Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV), AV8 Gempita Surveillance serta sistem artileri dalam melaksanakan operasi ofensif yang melibatkan elemen armor, mekanis, risikan dan sokongan tembakan.

Demonstrasi turut memperlihatkan keupayaan operasi gabungan ATM melalui penglibatan aset udara dan sokongan bersama, termasuk penggunaan UAV FlyEye, aset penerbangan serta elemen sokongan TLDM dan TUDM dalam memperkukuhkan kesedaran medan tempur, pemerolehan sasaran dan kuasa serangan.

Melalui konsep peperangan gabungan, latihan ini menggambarkan bagaimana elemen darat, udara dan laut disepadukan bagi menghasilkan kesan operasi yang maksimum. 

Keupayaan TDM dalam melaksanakan manuver tempur disokong oleh kuasa tembakan artileri, risikan medan serta sokongan udara dan laut bagi memastikan kejayaan misi.

Kemuncak LKT 2026 menyaksikan demonstrasi kuasa tembakan bersepadu melibatkan pelbagai sistem persenjataan yang membuktikan tahap profesionalisme, disiplin dan kesiagaan pasukan dalam melaksanakan operasi bersama secara tersusun dan berkesan.

LKT ini menjadi bukti komitmen ATM dalam memperkukuhkan keupayaan tempur, integrasi bersama serta kesiapsiagaan menghadapi persekitaran operasi moden.

(TDM)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4oYvQx6
via IFTTT