TLDM Tutup Pangkalan Seabase Tun Sharifah Rodziah di Sabah
12 Juni 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/mZT5xQ8
via IFTTT
Pangkalan seabase Tun Sharifah Rodziah adalah pangkalan operasi yang terletak di perairan Pantai Timur Sabah, khususnya di sekitar kawasan Semporna, Sabah (photos: TLDM)
Majlis Pembubaran Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah
SEMPORNA - Markas Wilayah Laut 2, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini telah dengan rasminya melaksanakan Majlis Pembubaran Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) sebagai simbolik penamatan perkhidmatan pangkalan tersebut selepas hampir sedekad menjadi benteng hadapan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara di Sabah Timur. Majlis yang penuh istiadat ketenteraan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris, Panglima Armada Timur.
Pangkalan ini pada asalnya merupakan sebuah Platform Mobile Offshore Production Unit yang dikenali sebagai Hercules 259 dan telah dibina di Houston, Amerika Syarikat pada tahun 1973. Melalui usaha sama strategik antara TLDM, PETRONAS dan Sapura Kencana, platform ini telah ditransformasikan menjadi sebuah Pangkalan Laut Hadapan berteraskan keperluan strategik negara bagi memastikan kehadiran berterusan TLDM di kawasan berkepentingan tinggi di perairan Sabah Timur.
PL TSR mula beroperasi pada 31 Julai 2015 dan seterusnya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 28 Mei 2016. Pangkalan ini dinamakan bersempena nama isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarhamah Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Hajah Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, PL TSR telah digunakan sebagai sebuah platform strategik yang menyokong pelaksanaan operasi keselamatan maritim, pemantauan zon berkepentingan maritim serta memperkukuhkan kehadiran pasukan keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE). Lokasinya yang strategik membolehkan tindak balas yang pantas terhadap sebarang ancaman keselamatan, sekali gus menjadi simbol komitmen berterusan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Walaupun operasi PL TSR ditamatkan, fungsi dan peranannya sebagai pangkalan hadapan akan diambil alih oleh Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) bagi memastikan kesinambungan kehadiran dan kesiagaan operasi TLDM di kawasan strategik Sabah Timur. TLDM akan terus memperkukuhkan keupayaan operasinya selaras dengan keperluan semasa serta perkembangan landskap keselamatan maritim demi menjamin kedaulatan dan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
(TLDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/mZT5xQ8
via IFTTT





Post a Comment