Kapal MPCP Gantikan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di Perairan Semporna
17 Juni 2026
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/CQr6bLh
via IFTTT
Pengadaan kapal Multi Purpose Command Platform (MPCP) TLDM oleh MKN akan berjalan sesuai rencana dengan anggaran sebesar RM486 Juta di bawah RMK13 (2026-2030) (photo: US Navy)
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan perolehan sebuah kapal Multi Purpose Command Platform (MPCP) untuk menggantikan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) bagi memperkukuh kawalan keselamatan di perairan negara di Sabah Timur.
MKN dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan kedudukan geostrategik Sabah yang penting dan memastikan kawalan maritim sentiasa berada pada tahap tertinggi.
"Mengambil kira landskap keselamatan semasa dan kos penyelenggaraan PL TSR yang tinggi, Sidang MKN bersetuju menggantikan pangkalan tersebut dengan kapal MPCP yang mempunyai mobiliti lebih jauh, teknologi lebih maju serta mampu beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan berbanding pelantar statik sebelum ini.
"Projek perolehan MPCP itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan menjadi antara projek utama MKN bagi memperkukuh instrumen pertahanan serta kawalan keselamatan negara di kawasan berisiko," menurut kenyataan itu.
MKN turut memaklumkan kerajaan bersetuju memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia yang diwakili Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dengan kerajaan Turkiye yang diwakili Naib Presiden Sistem dan Platform Sekretariat Industri Pertahanan (SSB), Mustafa M Åžeker, bagi merealisasikan projek berkenaan.
"MoU ini menjadi titik permulaan kepada perolehan MPCP yang akan dilaksanakan menerusi kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Malaysia dengan Turkiye," menurut kenyataan itu.
MKN memaklumkan pemilihan Turkiye sebagai rakan strategik dibuat berdasarkan kemajuan industri pertahanannya, selain membuka ruang kepada pemindahan teknologi, pelaburan fasiliti di Malaysia serta pertukaran kepakaran antara kedua-dua negara.
MPCP baharu itu akan berfungsi sebagai pangkalan hadapan serba boleh yang dilengkapi dengan radar pengawasan jarak jauh serta platform tanpa pemandu melibatkan pesawat tanpa pemandu (UAV) dan kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV).
"Kapal ini akan mempunyai keupayaan dinamik untuk mengendalikan pelbagai operasi penguatkuasaan maritim dan boleh digerakkan secara fleksibel ke kawasan hotspot, sekali gus membantu mengurangkan ancaman keselamatan di Sabah Timur secara signifikan," menurut MKN.
Konsep pengoperasian secara `Whole of Government and Whole of Society' (WOGOS) akan dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai agensi termasuk Eastern Sabah Security Command(ESSCOM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Kehadiran MPCP dijangka memantapkan lagi kesiapsiagaan, pemantauan dan tindak balas pantas terhadap ancaman seperti pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan," menurut kenyataan itu.
MKN memaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerajui operasi kapal MPCP berkenaan berdasarkan pengalaman luasnya beroperasi di perairan Sabah.
Sebelum ini, Bernama melaporkan PL TSR yang terletak di perairan Semporna, Sabah secara rasminya dibubarkan pada Rabu lepas setelah sedekad beroperasi menjadi benteng hadapan dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara di Sabah Timur.
TLDM melalui Markas Wilayah Laut 2 dalam kenyataan memaklumkan majlis pembubaran penuh istiadat itu dilakukan oleh Panglima Armada Timur Laksamana, Madya Datuk Khir Junaidi Idris sebagai simbolik penamatan perkhidmatan pangkalan yang beroperasi sejak 31 Julai 2015.
(Bernama)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/CQr6bLh
via IFTTT

Post a Comment