TUDM Lakukan Air Intake Screen Modification pada Pesawat Su-30MKM

05 Mei 2026

Inovasi Air Intake Screen Modification pada Pesawat Su-30MKM (photos: TUDM)

Inovasi AIS-MOD Tingkatkan Kesiagaan Pesawat Su-30MKM dan Penjimatan Senggaraan

GONG KEDAK – Pangkalan Gong Kedak membuka lembaran tahun 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya melaksanakan pemasangan Projek Inovasi Air Intake Screen Modification (AIS-MOD) ke atas pesawat Su-30MKM. 

Projek ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara serta menjimatkan kos penyelenggaraan dengan memperkenalkan sistem yang lebih efisien dalam menangani masalah Foreign Object Damage (FOD) pada pesawat SU-30 MKM.


Pemasangan sistem ini yang dijalankan dari 19 hingga 23 Januari 2026 telah melibatkan kepakaran pegawai dan anggota Cawangan Kejuruteraan TUDM.

Projek AIS-MOD, hasil inovasi Mej Mohd Khairil Ashraff bin Maton TUDM telah berjaya mencapai Fasa 3 HBKIK (Fasa Perkembangan) dan diiktiraf sebagai projek berimpak tinggi oleh Kementerian Pertahanan.


Sistem ini berfungsi mengawal pintu masuk udara sebelum ia memasuki tahap pertama Turbofan injin pesawat, sekaligus mengurangkan kos pembaikan akibat kerosakan yang disebabkan oleh FOD serta menjimatkan jutaan ringgit kewangan negara. 

Penyerahan projek ini disaksikan oleh Pegawai Memerintah No.12 Skuadron, Lt Kol Fairul Bin Mohd Rustham TUDM serta pegawai dari PUSPEKA dan Cawangan Kejuruteraan. Turut hadir adalah Sekretariat Inovasi TUDM selaku Penilai Inovasi Pertahanan Peringkat Kebangsaan dan Moderator Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) iaitu Lt Kol Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM. 


Beliau juga turut memainkan peranan penting dalam memeriksa dan memastikan projek AIS-MOD mencapai paras Technology Readiness Level (TRL) terbaik dan berimpak tinggi kepada negara.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/uW6qtsE
via IFTTT