LMS Batch 2 Pertama Diluncurkan

25 Mei 2026

KD Tunku Laksamana Abdul Jalil diluncurkan di Turkiye (photos: MY Kemhan)

ISTANBUL — Malaysia melakar satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh pertahanan maritim negara menerusi Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) pertama, TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL, di Istanbul Shipyard, Türkiye.

Upacara bersejarah ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan turut dihadiri Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.


Penamaan kapal ini sebagai TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL merupakan penghormatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, yang dikenang atas keberanian, ketabahan dan semangat juang luar biasa yang diabadikan menerusi slogan “Fight Like Jalil”, serta legasi kebajikan baginda melalui Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Kapal Kelas Tunku berasaskan reka bentuk korvet ADA Class oleh STM ini merupakan aset tempur terkini TLDM yang direka untuk operasi pelbagai dimensi. Selepas pelancaran, kapal ini akan memasuki fasa Setting to Work (STW) serta integrasi sistem peperangan dan penderia sebelum diserahkan kepada TLDM.

Pelancaran LMSB2 pertama ini turut mencerminkan kejayaan kerjasama strategik Malaysia–Türkiye dalam pembangunan keupayaan pertahanan dan pemindahan teknologi, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan TLDM dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

(MYKemhan)



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/MvY8cIB
via IFTTT