KD Ganas Beroperasi Kembali Selesai Jalani Re-hull

17 April 2026

Serah terima KD Ganas setelah re-hull (photos: TLDM)

KOTA KINABALU - KD GANAS telah selesai menjalani projek refit secara re-hull dan diterima oleh pihak TLDM dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Ts. Hassan bin Zainudin dan disaksikan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris.

Penerimaan tersebut adalah mengikut perancangan, malah lebih awal berbanding projek refit terdahulu yang melibatkan KD BAUNG.

KD Ganas sebelum menjalani re-hull (photo: TLDM)

KD GANAS merupakan kapal keempat yang berjaya menjalani refit secara re-hull, selepas menjalani refit secara repowering pada tahun 2019.  Maklumat berkaitan repowering dan re-hull adalah seperti di pautan berikut:


KD Ganas setelah menjalani re-hull (photo: TLDM)

Pendekatan re-hull merupakan langkah interim pelaksanaan senggaraan berjadual berkonsepkan new ways of doing things, sementara menunggu ketibaan aset baharu. Keberhasilan re-hull KD GANAS lebih membanggakan keranan keupayaan ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada keupayaan kapal, namun bakal memberi return on investment (ROI) yang tinggi kepada TLDM.

Success Story refit KD GANAS membuktikan bahawa limbungan di Sabah juga berupaya menyahut cabaran “We can do it locally”, selaras dengan hasrat self-reliance yang terkandung di dalam Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Industri Pertahanan Negara.
  
KD Ganas waktu menjalani re-hull (photo: Keane Rara)

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi dan inspirasi kepada warga Navy People untuk terus kreatif dan berinovasi dalam apa jua bidang untuk kecemerlangan TLDM. 



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/htSUfrv
via IFTTT