Pemeriksaan Tahunan Mawilud 1 ke Pangkalan Udara Kuantan, Calon Markas Pesawat FA-50M

20 Maret 2026

Panglima Markas Wilayah Udara 1 melakukan kunjungan ke Pangkalan Udara Kuantan ibu kota negara bagian Pahang, Malaysia yang menghadap ke Laut China Selatan (photos: TUDM)

KUANTAN -- Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah melaksanakan pemeriksaan tahunan ke Pangkalan Udara Kuantan bermula 9 hingga 13 Mac 26 bagi menilai tahap kesiagaan pangkalan serta memastikan setiap operasi dan senggaraan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh TUDM.


Pemeriksaan tahunan ini diketuai Panglima Wilayah Udara 1 (PANGWILUD 1), Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM. Sebaik ketibaan, PANGWILUD 1 telah diberikan taklimat pengoperasian oleh Komander Pangkalan, Kol Baharin bin Mohamad TUDM di Bilik Mesyuarat Pangkalan.


Usai taklimat, PANGWILUD 1 membuat lawatan ke No 10 Skuadron, Skuadron 320, Skuadron 401 serta melawat tapak projek bagi perolehan pesawat Light Combat Aircraft (LCA) dan Maritime Patrol Aircraft (MPA).


Lawatan ini penting bagi melihat tahap kemajuan projek supaya pengoperasian aset-aset TUDM dapat dilakukan mengikut garis masa yang telah dirancang sekaligus meningkatkan kesiagaan bagi melindungi kedaulatan ruang udara negara.


Turut serta semasa lawatan adalah Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM dan Pengarah A4 MAWILUD 1, Kol Khairul Anuar bin Abdul Razak TUDM.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/c0bhu2Y
via IFTTT