Menhan Malaysia Lakukan Lawatan ke ADS Sdn. Bhd.

11 Maret 2026

Perusahaan ini terlihat melakukan baik pulih howitzer tarik Nexter LG1Mk III 105mm dan Denel G-5 155mm milik TDM (photo: MYKemhan)

SEGAMAT – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan lawatan industri ke Advanced Defence Systems Sdn. Bhd. (ADS).

ADS merupakan antara pemain industri pertahanan tempatan yang menyediakan pelbagai penyelesaian dalam bidang pertahanan dan keselamatan, termasuk melalui kerjasama strategik bersama pengeluar peralatan asal (OEM) antarabangsa.

Perusahaan ini juga melakukan baik pulih howitzer Oto Melara Mod 56 105mm nilik TDM (photo: MYKemhan)

Syarikat ini turut menyokong beberapa sistem pertahanan Tentera Darat Malaysia (TDM) melibatkan sistem artileri, radar kawalan tembakan pertahanan udara, sistem komunikasi taktikal serta pelaksanaan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih persenjataan.

Antara sistem yang terlibat termasuk meriam 105mm LG1 MKIII serta sokongan kepada beberapa sistem artileri 155mm yang digunakan oleh TDM.

Perusahaan ini juga mengageni howitzer tarik Nexter LG1 Mk III yang telah mendapatkan pesanan 18 unit untuk TDM (photo: ADS)

Semasa lawatan tersebut, Menteri Pertahanan telah menerima taklimat mengenai operasi, projek semasa serta hala tuju syarikat daripada Pengerusi ADS, Brigedier Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Abdul Razak bersama Pengarah Pembangunan Perniagaan ADS, Leftenan Kolonel (B) Shane Chin.

Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas keupayaan pemasangan dan penyelenggaraan sistem persenjataan dalam negara melalui pelaksanaan Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi memperkukuh pemindahan teknologi serta pembangunan kepakaran tempatan.

Perusahaan ini juga mengageni SPH Caesar 105mm buatan Prancis (photo: ADS)

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/w8UfnCh
via IFTTT