Malaysia Memberi Nama Kapal LCS 3

10 Februari 2026

Kapal LCS ke-3 diberi nama KD Sharif Mashor 2503 (photos: MYKemhan)

LUMUT – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah hadir mewakili Menteri Pertahanan ke Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir (LCS) ketiga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), LCS3 SHARIF MASHOR, yang berlangsung di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) hari ini.


Upacara penuh istiadat ini diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, manakala penamaan dan pelancaran kapal telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi. Penamaan SHARIF MASHOR mengangkat semangat kepahlawanan dan keberanian tokoh Sarawak tersebut sebagai simbol kekuatan serta keazaman TLDM dalam mempertahankan kedaulatan maritim negara.


Majlis ini mencerminkan kemajuan berstruktur Program LCS serta komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keupayaan pertahanan laut negara melalui pembangunan aset berteknologi tinggi dan pemerkasaan industri pertahanan tempatan. LCS3 turut menjadi simbol kebanggaan negara sebagai kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, sekali gus memperkukuh ekosistem industri maritim dan keselamatan negara.


Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, pengurusan tertinggi Lumut Naval 



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/hqfx69F
via IFTTT