LCS 3 Akan Diluncurkan Februari 2026

09 Januari 2025

LCS 3 akan mengikuti 2 LCS sebelumnya yang telah selesai diluncurkan (photo: LUNAS)

Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Baharudin bin Wan Md Nor telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena persilaan ke Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 3 (LCS 3). Kunjungan tersebut telah berlangsung pada 8 Januari 2026 bertempat di Kediaman Rasmi TYT Negeri Sarawak.

Dalam kunjungan tersebut, Panglima Armada Barat selaku Ketua Delegasi dan mewakili Panglima Tentera Laut telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TYT Negeri Sarawak dan YBhg Toh Puan, serta Kerajaan Negeri Sarawak, atas kesudian menerima kunjungan delegasi TLDM dan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) bagi sesi taklimat berhubung pelaksanaan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Littoral Combat Ship (LCS) 3.

Pada kesempatan sama, jemputan rasmi turut disampaikan kepada TYT Negeri Sarawak dan YBhg Toh Puan, serta delegasi Kerajaan Negeri Sarawak, untuk menghadiri rangkaian program di Pangkalan TLDM Lumut pada bulan Februari ini, bagi Upacara Penamaan dan Pelancaran LCS 3.

TYT Negeri Sarawak turut merakamkan penghargaan atas taklimat dan jemputan yang disampaikan kepada delegasi Negeri Sarawak. Kunjungan Hormat ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan antara TYT Sarawak, TLDM dan LUNAS.

Semoga hubungan erat dan kerjasama strategik antara TLDM, industri pertahanan negara serta Kerajaan Negeri Sarawak akan terus erat dalam menyokong pembangunan keupayaan maritim negara.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/M4LwFUY
via IFTTT