Blok Hadapan LCS-3 Berjaya Disambung, Siap Ikut Jadual

26 Juni 2025

Penyambungan blok kapal LCS-3 (photos ssv: LUNAS)

Lumut Naval Shipyard (LUNAS) telah melengkapkan proses penyambungan blok hadapan blok erection kapal tempur pesisir ketiganya LCS-3.

Dipahamkan proses penyambungan itu dilakukan pada minggu lalu di limbungan LUNAS di Pangkalan TLDM Lumut.

Walaupun tiada kenyataan dikeluarkan namun pihak LUNAS telah memuat naik video kerja-kerja penyambungan ini menerusi laman Facebook/Instagram rasminya.

Penyambungan blok ialah peringkat teknologi melengkapkan pemasangan keseluruhan kimpalan kelengkapan dan mengecat kapal di atas dermaga pembinaan kapal. 

Penyambungan blok hadapan LCS-3 ini menunjukkan kemajuan pembinaan kapal tersebut oleh Lunas diikuti blok-blok seterusnya untuk melengkapkan fisikal kapal. Mengikut jadwal kapal LCS-3 akan diserahkan kepada TLDM pada tahun 2027.

Dalam pada itu LCS-1 yaitu KD Maharaja Lela sudah memulakan fase 'Setting to Work' (STW) bermula Mei lalu dan dirancang menjalani aktiviti pelayaran pertama di laut pada Desember ini.

LCS-2 pula yang akan dinamakan sebagai KD Raja Muda Nala sedang meneruskan kerja pembinaan seterusnya dan dijangka memulakan aktiviti fasa SPW pada September tahun ini. 

Pada Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim meninjau kemajuan pelaksanaan pembinaan kapal LCS di Limbungan LUNAS Pangkalan TLDM Lumut semasa melakukan lawatan kerja ke Perak.

Sehingga 25 Mei lalu kemajuan kerja keseluruhan yang dicapai bagi pembinaan ke-5 LCS adalah sebanyak 72.43%.

Project LCS bernilai RM11 bilion yang mengalami kelewatan ini bagaimanapun masih penting kepada TLDM karena memerlukan kapal-kapal perang berteknologi moden.

(DagangNews)



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/VIWOR5x
via IFTTT